Ikan Merah Masak Asam Pedas

0
334
Ikan Merah Masak Asam Pedas
Ikan Merah Masak Asam Pedas

Batamtimes.co-Salam Sejahtera semua. Hari ni saya masak asam pedas kegemaran kami seke

luarga.  Kalau dah peminat no 1 asam pedas, kalau makan kat luar pun mesti nak cari asam pedas juga. Tapi biasalahkan, kalau masak sendiri, lagi puashati dan puas makan. Resepi ni biasa2 je, yg penting kita guna ikan segar yg menepati citarasa kita…..barulah umphhhhhh masakan kita tu. Kalau lauk asam pedas, laparnya terus lain macam, kenyangnya pun lain macam juga…ahahahhaha…Jomlah tngk resepi mudah ni, kang meleret2 plk berceloteh kat sini…

Bahan-Bahan

  • 1 ekor ikan merah sederhana besar – di potong
  • 2 biji tomato-belah 4
  • secekak daun kesom-agak2lah ya
  • 1 btng bunga kantan-belah 2
  • 1 btng serai- di ketuk
  • 3/4 cawan air asam jawa (3 sb asam jawa, bancuh dngn 1/2 cwn air)
  • Garam dan sedikit gula
  • minyak utk menumis

Bahan Kisar

  • 1 cawan cili kisar
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 biji bawang besar
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam biji*(*di tumbuk kasar)
  • Air secukupnya -dlm 4 cwn

Cara-Cara

  1. Ikan di siang, bersihkan, cuci dan toskan. Sementara itu belah tomato dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga terbit minyak. Masa menumis guna api sederhana dan sentiasalah di kacau ya.
  3. Masukan air dlm 1 cwn dan biarkan mendidih.
  4. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa, gaul rata dan biar mendidih.
  5. Tambah tomato, bunga kantan dan daun kesum. Tambahkan air dlm 3 cawan lagi. Kepekatan dan kecairan kuah ikut selera masing2 ya.
  6. Biarkan mendidih lagi. Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Biar masak dengan api sederhana. Rasa dan jika ok boleh matikan api, angkat dan hidangkan bersama nasi putih.(net)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here